Dalam Mazhab Syafie bahawa hukum menyembelih seekor binatang korban itu adalah sunat kifayah iaitu memadai bagi ketua rumah dan seisinya berdasarkan kepada hadis Mihnaf Sulaim katanya; “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Wahai sekalian manusia bagi tiap-tiap ahli keluarga dan tiap-tiap tahun itu satu binatang korban.” (Ibnu Majah dan At Tarmidzi)
Wednesday, 14 June 2023
Jangan Potong Kuku & Rambut Bagi Pengqurban Mulai 1 Zulhijjah
Dan hadis daripada Ummu Salamah yang bermaksud: “Jika kamu melihat bulan Zulhijjah dan jika kamu hendak menyembelih binatang korban hendaklah kamu tidak memotong kuku dan rambutnya.” (Muslim)
Hukum Qurban - Sunat Muakkad
Kebanyakan ulama berpendapat bahawa menunaikan ibadah korban adalah sunat muakad maka makruh orang yang ada kemampuan untuk tidak melakukannya berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi telah menyembelih dua ekor kambing berwarna putih yang mempunyai dua tanduk yang mana Nabi SAW menyembelih sendiri dengan tangannya.” (Bukhari dan Muslim)
Tuesday, 13 June 2023
Memperingati Kisah Nabi Ibrahim Sembelih Anaknya Ismail
ibadah korban diadakan untuk mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hendak mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Nabi Ibrahim berkata; “Wahai anak kesayanganku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu maka fikirkanlah apa pandangan mu. Anaknya menjawab; “Wahai ayah jalankan apa yang diperintahkan kepada mu, insya Allah ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar.” (Ash Shaffat: 102)
Hikmah Qurban
Hikmah di sebalik pensyariatan ibadah korban ialah tanda kesyukuran atas nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya dikurniakan sepanjang tahun dan juga dengan menunaikan ibadah korban boleh menghapuskan dosa-dosa kecil serta ibadah korban juga sedikit sebanyak boleh meringankan beban orang yang dalam kesempitan.
Hadis Nabi Sembelih 2 Kambing Putih Bertanduk Dua
Dan hadis daripada Anas r.a di berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah menyembelih dua ekor kambing berwarna putih yang mempunyai dua tanduk. Saya melihat Baginda SAW meletakkan kambing itu di bawah dua kakinya dengan menyebut Allah dan bertakbir dan Baginda menyembelih dengan tangannya.” (Nailul Awtar jilid 5 129-130)
Qurban Disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah
BILA masuk bulan Zulhijjah umat Islam di seluruh dunia berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah korban iaitu dengan menyembelih binatang seperti unta, lembu, kerbau dan kambing pada Hari Raya Adha iaitu tanggal 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah korban atau dalam bahasa arabnya disebut Udhiyah telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah berdasarkan kepada Al Quran, As Sunnah dan ijmak ulama. Firman Allah yang bermaksud; “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Al Kauthar: 2)
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ ٢
Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin di Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu pada menyembelih unta yang tersebut ada kebanyakannya pada kamu,” (Al Haj: 36)
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan untua-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.
Ibadah Quran Di dalam al-Quran
Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” - Al-Kauthar 108:2
Hadis Tentang Kelebihan Berqurban
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sembelih Qurban Sunat Kifayah
Dalam Mazhab Syafie bahawa hukum menyembelih seekor binatang korban itu adalah sunat kifayah iaitu memadai bagi ketua rumah dan seisinya ber...